DUA6022
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
E-FOLIO
HIBURAN
MELAMPAU DIKENALPASTI SEBAGAI
PUNCA
KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA
DLS
5C
NAMA
PENSYARAH: PUAN HAYATI BINTI TALIB@WAHAB
NAMA
PELAJAR:
NAMA
|
NO MATRIK
|
RABIATUL ADAWIYAH BINTI BURHANUDDIN
|
02DLS17F1097
|
NURUL FATIHAH BINTI MOHD SALIM
|
02DLS17F1038
|
NURNAQIYAH BINTI MATSOM
|
02DLS17F1023
|
NADIA SYAZWANI BINTI MOHD EVEN
|
02DLS17F1011
|
INTAN NABILA BINTI ZAININ
|
02DLS17F1032
|
NUR AIN BINTI SAAD
|
02DLS17F1099
|
ISI
KANDUNGAN
BIL
|
PERKARA
|
MUKA SURAT
|
1
|
PENGHARGAAN
|
|
2
|
PENGENALAN
|
|
3
|
OBJEKTIF
|
|
4
|
DEFINISI
|
|
5
|
PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK DIKALANGAN REMAJA
|
|
6
|
KESAN KERUNTUHAN AKHLAK DALAM KALANGAN
REMAJA
|
|
7
|
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KERUNTUHAN DALAM
KALANGAN REMAJA
|
|
8
|
CONTOH-CONTOH HIBURAN MELAMPAU
|
|
9
|
KESIMPULAN
|
|
10
|
LAMPIRAN
|
|
1
0
|
RUJUKAN
|
|
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim,
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan e-folio kami yang telah
diusahakan selama ini yang bertajuk Hiburan Melampau. Folio ini amat penting
buat kami memandangkan tugasan ini merupakan sebahagian daripada penilaian
subjek ini. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Pensyarah subjek
Komunikasi dan Penyiaran Islam (DUA 6022), Puan Hayati Binti
Talib@Wahab kerana telah membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kamidalam
menyiapkan e-folio ini.
Seterusnya,terima kasih juga kepada
ibu bapa kami kerana banyak membantu kami secara langsung dan tidak langsung
dengan memberi sokongan, dorongan, dan kewangan sepanjang menyiapkan tugasan
ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama berhempas pulas dalam
menyempurnakan tugasan ini. Akhir sekali terima kasih kepada pihak yang telah
membantu kami secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan tugasan
e-folio ini.
PENGENALAN
Sejak akhir-akhir ini , gejala sosial di
Malaysia nampaknya semakin ketara dan meningkat dalam golongan remaja.Jika
dahulu setiap kali isu ini timbul sudah pasti ia akan dikaitkan dengan
kehidupan budaya Barat.ontoh istilah lain ialah “budaya kuning” iaitu ingin
mengambarkan kehidupan bebas di Barat yang menjadi kegilaan remaja-remaja di
Malaysia pada tersebut.Ianya juga dianggap membawa unsur_unsur negatif dalam
kalangan remaja.Terdapat banyak punca yang boleh berlaku, diantaranya ialah
media hiburan, media muzik, dan unsur-unsur yang lain.
Sebagai contoh, Menurut laporan Bahagian
Jenayah daan keganasan di Amerika, pada tahun 2001 terdapat lebih 20,000 kes
pembunuhan, 75,000 kes rogol dan 600,000 kes penyerangan fizikal yang berlaku
dalam masa satu tahun. (Taylor, Peplau dan Sears,2001).Pakar-pakar psikologi
telah membuat kajian dan mendapati pendedahan
daripada media merupakan antara sebab utama mengapa hal sedemikian ini
boleh berlaku.Melalui kajian yang dikaji juga, telah menyebut bahawa golongan
remaja merupakan golongan yang paling ramai terlibat dengan gejala-gejala yang
negatif melalui media yang digunakan.
OBJEKTIF
Antara objektif yang didapati melalui
tajuk tugasan yang diberi, kami dapat mengenalpasti apakah yang dimaksudkan
dengan hiburan yang melampau-lampau dalam kalangan remaja sehingga boleh
menyebabkan keruntuhan akhlak dalam kalangan mereka.
Selain itu, kami juga dapat mengkaji
punca-punca terjadinya keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja yang disebabkan
oleh hiburan yang melampau.
Seterusya, kami juga dapat mengenalpasti
langkah-langkah yang perlu diambil supaya
golongan remaja tidak terjebak dengan hiburan yang melampau.
Akhir sekali,kami dapat mengkaji kesan
atau impak yang akan berlaku sekiranya tiada batasan dalam diri remaja ketika
mereka bergaul antara satu sama lain.
DEFINISI
Hiburan merupakan sesuatu perkara yang
diminati oleh manusia secara fitrahnya.Bahkan hiburan juga berbeza-beza
mengikut minat dan kecenderungan
masing-masing.Secara umumnya, bermain dan membaca tidak dianggap sebagai
hiburan kerana ianya tidak melanggar syariat dalam islam iaitu tiada wujudnya
unsur-unsur yang bertentangan.Sebagai
contoh, melakukan sesuatu perkara yang mengembirakan dan menyenangkan secara
berlebih-lebihan dan melampaui batasan yang boleh merosakkan akidah dan akhlak
umat islam.
Pada dasarnya, islam mengharuskan hiburan
kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia.Hadis
Rasulallah S.A.W
Daripada Aishah r.h.a, bahawa saidina Abu
Bakar r.h.u telah datang ke rumahnya dan terdapat dua orang jariah (pembantu)
sedang menyanyi dan bermain alat muzik pada hari raya dan ketika itu Nabi saw
sedang bersiap dengan pakaian baginda maka saidina Abu Bakar r.ahu telah
mengherdik mereka.Nabi saw telah mengangkat wajahnya dan bersabda : Biarkanlah
mereka wahai Abu Bakar, sesungguhnya hari ini adalah hari raya.
Tamsilnya,
hiburan ialah fitrah bagi manusia biasa, namun tanpa batasan dan nasihat ianya
boleh menjadi hiburan yang liar dan tidak sihat bagi masyarakat di dunia.Islam
tidak memperincikkan apa bentuk hiburan tersebut, ia perlulah bersesuai dengan
individu, tempat dan masa.Maka hiburan tersebut adalah luas bentuknya sama ada
dalam bentuk suara nyanyian, gurindam, sajak atau perbuatan seperti tarian,
berlakon dan sebagainya.
PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK DIKALANGAN REMAJA
Tidak dapat dinafikan lagi, penggunaan
media massa merupakan peyumbang yang kuat dan utama sebab berlakunya keruntuhan
akhlak dalam kalangan remaja.Media massa merupakan satu alat yang boleh
menghubungkan antara satu sama lain tanpa adanya sempadan.Melalui media massa
seseorang itu dapat memperoleh maklumat yang terkini sama ada maklumat yang
positif mahupun negatif serta prorgarm-program yang disiarkan di televisyen
yang lebih mementingkan hiburan berbanding maklumat.Ada sesetengah tayangan
filem Barat dan Hindustan telah mempamerkan adegan-adegan yang tidak sepatutnya
disiarkan dalam filem tersebut seperti unsur-unsur lucah kerana pada usia
remaja mereka lebih gemar untuk mencuba sesuatu perkara yang baru berlaku di sekeliling mereka dan apa yang
mereka nampak.Jadi, apabila filem tersebut ditontonkan, sudah tentu golongan
amnya, akan meniru stail dan aksi artis pujaan mereka.Natijahnya wujudlah
budaya yang tidak elok seperti “punk”, bertindik telinga kiri dan kanan bagi
lelaki, seks bebas yang berlaku, dan lebih dasyat lagi pembuangan bayi yang
berlaku secara berleluasa.Secara tidak langsung boleh mejatuhkan jati diri
dalam kalangan remaja.
Selain itu, punca yang menjadi pengaruh
kepada hiburan yang melampau adalah pengaruh rakan sebaya yang kurang baik yang
sering menjadi punca utama seseorang itu terpengaruh kepada perkara yang tidak
baik.Rakan sebaya merupakan sekumpulan orang yang berada dalam lingkungan umur
yang sama atau hampir sebaya antara satu sama lain. Menurut Klausmerier, dalam
soal seperti tanggungjawab moral, keberanian, kejujuran dan kemesraan, remaja
dipengaruhi oleh pendapat rakan sebaya yang memperlihatkan pengaruh yang lebih
tinggi berbanding dengan ibu bapa atau keluarga. Tambahan pula, Pengaruh daripada rakan sebaya telah menyebabkan remaja
beralih arah daripada menjadikan ibu bapa sebagai suri teladan kepada rakan
mereka yang dijadikan sandaran atau petunjuk ke arah tingkah laku atau
perbuatan yang dilakukan. Remaja didapati lebih berkecenderungan untuk
menjadikan rakan sebaya sebagai rujukan atau model untuk membina keperibadian
mereka. Sekiranya mereka bergaul dengan kumpulan rakan yang positif dalam semua
aspek kehidupan, maka tidak mustahillah mereka akan memiliki mentaliti dan tingkah
laku yang positif juga kerana pengaruh rakan yang baik itu telah meresap dalam
jiwa mereka. Disamping itu , Rakan
sebaya merupakan kumpulan remaja yang sama dari segi umur, pendidikan atau
kelas sosial dan minat. Kita sedia maklum bahawa remaja biasanya lebih gemar
menghabiskan masa bersama-sama rakan sebaya mereka. Bagi remaja, rakan sebaya
terdiri daripada sekumpulan besar rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran
atau rakan sekerja. Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan
pelajar
Seterusnya, punca yang menjadi pengaruh kepada
hiburan yang melampau ialah wujudnya sikap Hedonisme iaitu pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan
keseronokan atau kesenangan hidup.Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun
kebetulan, budaya hedonisme ini telah mula menular masuk sekian lama dalam
kehidupan masyarakat Islam di Malaysia terutamanya dikalangan muda mudi.Golongan
hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap
keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan samaada pada masa kini atau akan
datang.Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian
daripada fitrah kehidupan manusia. Hal ini berdasarkan kepada hadis rasulullah
SAW yang diriwayatkan daripada aisyah R.A. yang bermaksud “Sesungguhnya abu
bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orng
ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang ansar pada
hari peperangan bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu
bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan
pada hari ini adalah hari raya aidifitri. Rasulullah bersabda, wahai abu bakar,
sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita” (Ibnu majah).
Di samping itu, punca
yang menjadi pengaruh kepada hiburan yang melampau ialah sikap ibu bapa yang
tidak mengambil berat tentang anak-anak mereka dimana membawa masalah terhadap
anak-anak. Anak-anak menjadi kurang baik disebabkan pertengkaran atau
perbalahan yang dialami oleh ibu bapa yang berlarutan memberi impak yang besar
terhadap anak-anak dimana mendorong mereka untuk mencari kehidupan luar iaitu
melakukan aktiviti yang tidak sihat khusunya hiburan luar. Perasaan inginkan
hiburan adalah lumrah kehidupan individu bertujuan melepaskan tekanan dan
melupakan masalah yang berlaku keatas diri mereka.Ada juga ibu bapa yang
terlalu sibuk akan kerjaya masing-masing sehingga mereka kurang mempunyai masa
terhadap anak-anak ketika mereka di rumah.Sebagai contoh ada ibu bapa yang
pulang ke rumah sudah lewat malam ketika itu anak-anak mereka sudah pun
tidur.Ibu bapa juga kurang mengambil tahu akan aktiviti-aktiviti yang dilakukan
oleh anak-anak di rumah mahupun di sekolah yang boleh menyebabkan anak-anak
bebas untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendak hati mereka kerana tiada
orang yang akan memarahinya.
Bahkan bukan itu sahaja, sifat semulajadi remaja yang
sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru juga merupakan salah satu punca
berlakunya keruntuhan akhlak. Walaupun pada awalnya niat mereka hanyalah untuk
mencuba dan suka- suka, tetapi lama-kelamaannya mereka akan ketagih dan terus
terjebak dalam aktiviti haram itu seperti. Remaja yang ketagih akan melakukan
apa sahaja termasuk melakukan jenayah untuk melakukan aktiviti haram itu dan
seterusnya menyebabkan akhlak mereka bertambah rosak. Oleh sebab itu, remaja
ini perlu pemantauan yang secukupnya daripada ibu bapa, kerajaan serta pihak
berkuasa bagi membanteras masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja ini.
Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati.
Jadi, sebagai warganegara yang cakna dan sayangkan negara,
harus bersama-sama berganding bahu menjaga maruah negara dengan membanteras
aktiviti yang tidak mendatangkan manafaat ini.
KESAN KERUNTUHAN AKHLAK DALAM KALANGAN
REMAJA
Dalam kajian ini, kami dapat
mengenalpasti kesan daripada hiburan yang melampau dalam kalangan
remaja.Antaranya, boleh meningkatkan kes jenayah yang berlaku dalam kalangan
remaja di Malaysia.Hal ini menyebabkan pada usia lingkungan 13 hingga 18 tahun
mereka sangat terdedah dengan pelbagai
perkara yang berlaku disekeliling mereka dan pada usia mereka juga, mereka suka
akan mencuba perkara-perkara yang baru tanpa memeriksa dahulu bahawa perkara
yang mereka lakukan tersebut adalah baik atau salah.Mereka juga lebih sukakan
keseronokkan kerana bagi mereka pada usia remajalah mereka dapat merasa apa itu
nikmat-nikmat dunia.Sebagai contoh, penggunaan media sosial yang salah
penggunaannya.Mereka terdedah dengan pelbagai budaya dan aktiviti yang berlaku
di luar dan boleh menyebabkan mereka terikut-ikut akan gejala yang tidak baik
serta boleh menyebabkan jenayah, seperti, buli siber dan sebagainya.Oleh itu,
sebagaiibu bapa, perlulah sentiasa memantau anak-anak mereka di rumah dan
dimana-mana sahaja mereka berada.
Selain itu, kesan yang boleh berlaku
sekiranya hiburan melampau-lampau dalam kalangan remaja tidak diatasi boleh
menyebabkan remaja mempunyai sifat yang suka akan menipu terhadap kedua orang
tua mereka.Mereka akan menipu ibu bapa mereka untuk mendapatkan duit untuk
kepentingan mereka sendiri iaitu menggunakan duit yang mereka peroleh tersebut untuk
kegunaan yang tidak sepatutnya.Sebagai contoh,berjudi. Seterusnya melalui
pengaruh hiburan tersebut ibu bapa yang sentiasa berharap mereka belajar dengan
baik akhirnya pulang dengan tangan kosong tanpa ilmu yang dipelajari oleh
kerana terjebak dengan hiburan yang melampau . Disamping itu ,pergaulan antara
lelaki dan perempuan menjadi tidak terbatas oleh kerana sering bergaul tanpa
arah tuju di pusat hiburan atau ketika berhibur .
Seterusnya, kesan yang boleh berlaku
sekiranya hiburan melampau-lampau dalam kalangan remaja ialah pendedahan yang berterusan dengan
program-program hiburan tersebut menjadikan jiwa dan minda mereka sempit dan
terbatas dalam lingkungan perkara-perkara berkaitan hiburan semata-mata. Malah,
terdapat segelintir anak-anak muda yang mengganggap artis sebagai idola mereka
sehingga bahan bacaan mereka terhad kepada mengikuti gosip-gosip artis di
blog-blog picisan, ruangan gosip di akhbar dan majalah-majalah hiburan. Perkara
ini dilihat tidak membangun jiwa dan minda mereka yang sepatutnya dibangunkan
dengan kesedaran rohani dan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Jiwa seseorang insan
sepatutnya diisi dengan selawat dan zikir-zikir mengingati Allah dan Rasul
bukannya dipenuhkan dengan hiburan lagu-lagu yang mengagungkan cinta kepada
manusia melebihi cinta kepada Pencipta.
Selain itu, mencemari nilai-nilai
murni kesopanan dan
kesusilaan juga kesan daripada hiburan melampau. Masyarakat kini hilang
sifat berbudi bahasa terhadap masyarakat lain seperti warga tua kerana mereka
mencari kepuasan dengan melakukan apa-apa jua tindakan yang boleh menyeronokkan
diri mereka tanpa menghiraukan larangan agama, adat, dan teguran masyarakat
sekeliling. Jika individu terlalu suka
akan hiburan maka ia akan menyebabkan nilai murni tercemar. Sebagai contoh
hilang bahasa yang sopan dalam komunikasi sesorang dengan sesorang yang lain.
Ini boleh dilihat seperti remaja bertutur dengan golongan lebih tua. Tidak lagi
mengunakan perkataan yang baik malah ada juga sanggup menghina. Seharusnya,
kita rakyat Malaysia dikenali sebagai budaya bahasa yang baik dan sopan. Maka
dengan kesan hiburan melampau ini oleh menyebabkan budaya bahasa kita dipandang
rendah oleh masyarat luar. Selain itu, induvidu juga akan cuba mencari kepuasan
dengan melakukan apa-apa jua tindakan yang boleh menyeronokkan tanpa
memperdulikan larangan agama dan adat. Segelintir individu pada masa kini tidak
lagi takot kepada dosa dan balasan dari Allah SWT.
Kesannya, anak-anak
akan bergaul dengan golongan yang kurang adab dimana adab merupakan tongkat
ummah kepada orang islam yang membawah maksud adab didahulukan dalam kehidupan
kita sebagai mukmin yang sejati. Sejajar dengan itu, ianya tidak membawa
kebaikan membuatkan mereka menjadi lebih liar dalam kehidupan mereka kerana
telah mengikuti hiburan yang tidak memberi tunjuk ajar yang baik seperti
membuat aktiviti yang boleh menjatuhkan maruah dan juga turut kurang akhlak
dalam diri mereka tersebut dimana boleh memalukan air muka ibu bapa.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KERUNTUHAN DALAM
KALANGAN REMAJA
Antara langkah-langkah yang dapat diatasi
daripada berlakunya keruntuhan dalam kalangan remaja yang disebabkan daripada
hiburan yang melampau ialah,ibu bapa sebagai orang yang paling hampir dengan
anak-anak perlulah memainkan peranan yang penting dalam institusi
kekeluargaan.Ibu bapa perlulah menjadi Qudwah Hassaah dalam keluarga kerana
anak-anak akan menjadikan ibu bapa mereka sebagai role model ataupun contoh
dalam kehidupan mereka.Bak kata pepatah melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” iaitu ibu bapa perlulah
memberi perhatian yang mencukupi dalam mendidik anak-anak dan juga mencurahkan
kasih sayang yang cukup terhadap anak-anak mereka.
Selain itu, langkah yang dapat diatasi
daripada berlakunya keruntuhan dalam kalangan remaja yang disebabkan daripada
hiburan yang melampau ialah remaja tersebut mestilah pandai memilih rakan yang
baik untuk dijadikan pendorong hidup ketika hidup berjauhan dengan keluarga.Seterusnya
ibu bapa mestilah mengawasi pergerakan anak –anak yang sedang ingin membesar
dan ibu bapa mestilah mempunyai kemahiran mendidik anak yang baik agar
anak-anak tersebut tidak mudah tepengaruh . Tambahan pula , peranan pihak
berkuasa turut menyumbang kepada langkah pengcegahan ini disebabkan gejala
remaja gemar menonton video lucah misalnya, tidak boleh dituding semata-mata
kepada ibu bapa dan guru. Dalam hal ini, adakah ibu bapa dan guru harus
disalahkan, sedangkan bahan untuk tontotan lucah berlambak bebas di pasaran
tanpa kawalan.
Seterusnya, langkah yang dapat diatasi
daripada berlakunya keruntuhan dalam kalangan remaja yang disebabkan daripada
hiburan yang melampau ialah remaja
perlu mendekatkan diri dengan didikan agama.Di samping itu dapat menerapkan
nilai-nilai murni dalam diri dengan bergaul dengan orang orang yang lebih arif
dalam bidang agama serta mendekatkan diri dengan ilmuan.Buku-buku ilmiah juga
boleh dijadikan sebagai rujukan. Selain
itu, berkawan dengan kawan yang dapat membantu dalam pelajaran dan mengajak
kepada kebaikan serta positif dalam memikirkan kehidupan dalam arus
kemodenan.Dengan cara ini, dapat mengatasi masalah hiburan yang melebih dalam
kalangan remaja pada masa kini
Di samping itu, mengadakan aktiviti yang dapat membentuk
akhlak remaja seperti aktiviti kemasyarakatan, kempen dan sebagainya juga mampu
mengatasi masalah keruntuhan akhlak ini. Melalui aktiviti sebegini, para remaja
dapat memantapkan akhlak mereka di samping dapat melakukan sesuatu yang
berfaedah dan tidak membuang masa dengan perkara yang tidak mendatangkan
manfaat kepada diri mereka. Bak kata pepatah “sambil menyelam, minum air”.
Antara langkah lain yang dapat diambil juga ialah
mengadakan aktiviti yang dapat membentuk akhlak remaja seperti aktiviti
kemasyarakatan dan sebagainya. . Melalui aktiviti sebegini, para remaja dapat
memantapkan akhlak mereka di samping dapat melakukan sesuatu yang berfaedah dan
tidak membuang masa. Bak kata pepatah, “sambil menyelam, minum air”.
pihak kerajaan perlu memainkan peranan yang penting dalam
bagi mengelakkan pelajar sekarang terjebak dengan dunia hiburan yang melampau
dengan salah satu caranya iaitu mengedarkan kempen yang bertajuk “ Jauhi Dunia
Hiburan” , dimana konsep ini selari dengan adab-adab yang perlu
dititikberatkan. Apabila kempen ini dijalankan secara tidak langsung ia akan
memberi kesedaran kepada orang ramai supaya tidak lagi terjebak dengan duniawi
ini malahan mereka akan berniat untuk berubah dan juga tidak melibatkan diri
dengan dunia hiburan ini.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,
remaja adalah golongan yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun.Secara
amnya, golongan remaja berumur antara 13 hingga 18 tahun.Sekiranya kita meneliti
dengan lebih mendalam lagi, dalam lingkungan umur beginilah ramai remaja kita
yang menghadapi pelbagai masalah.Remaja kini bukanlah seperti remaja zaman ibu
bapa kita dahulu yang pandai berdikari malahan mereka seperti bayi yang perlu
dijaga bagai manatang minyak yang penuh.
Kini
negara kita sering mengalami pelbagai masalah yang melibatkan golongan remaja,
bahkan isu ini sudah menjadi perkara yang biasa dibualkan dalam kalangan
masyarakat kita pada hari ini.Masyarakat kini sering menganggap bahawa masalah
atau gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja adalah masalah yang
normal bagi umur mereka yang sedang meningkat naik.Dalam isu ini, ibu bapa
perlu memainkan peranan yang tinggi dalam mendidik anak-anak supaya mereka
dapat menjadi Generasi yang berguna pada masa akan datang.
CONTOH-CONTOH HIBURAN MELAMPAU
LAMPIRAN
Gambar dibawah
menunjukkan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah yang telah dilakukan oleh kalangan-kalangan
remaja.
RUJUKAN