Monday, August 5, 2019

HIBURAN YANG MELAMPAU (PENYIARAN ISLAM )





DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
E-FOLIO
HIBURAN MELAMPAU DIKENALPASTI SEBAGAI
PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA
DLS 5C
NAMA PENSYARAH: PUAN HAYATI BINTI TALIB@WAHAB
NAMA PELAJAR:


NAMA

NO MATRIK

RABIATUL ADAWIYAH BINTI BURHANUDDIN

02DLS17F1097

NURUL FATIHAH BINTI MOHD SALIM

02DLS17F1038

NURNAQIYAH BINTI MATSOM

02DLS17F1023

NADIA SYAZWANI BINTI MOHD EVEN

02DLS17F1011

INTAN NABILA BINTI ZAININ

02DLS17F1032

NUR AIN BINTI SAAD

02DLS17F1099


ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1

PENGHARGAAN


2

PENGENALAN


3

OBJEKTIF


4

DEFINISI



5


PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK DIKALANGAN  REMAJA



6


KESAN KERUNTUHAN AKHLAK DALAM KALANGAN
REMAJA




7


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KERUNTUHAN DALAM KALANGAN REMAJA




8


CONTOH-CONTOH HIBURAN MELAMPAU


9

KESIMPULAN



10

LAMPIRAN

1
0

RUJUKAN




PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim,
            Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan e-folio kami yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Hiburan Melampau. Folio ini amat penting buat kami memandangkan tugasan ini merupakan sebahagian daripada penilaian subjek ini. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Pensyarah subjek Komunikasi dan Penyiaran Islam (DUA 6022), Puan Hayati Binti Talib@Wahab kerana telah membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kamidalam menyiapkan e-folio ini.
            Seterusnya,terima kasih juga kepada ibu bapa kami kerana banyak membantu kami secara langsung dan tidak langsung dengan memberi sokongan, dorongan, dan kewangan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan  yang bersama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan tugasan ini. Akhir sekali terima kasih kepada pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan tugasan e-folio ini.
        

            



PENGENALAN
     Sejak akhir-akhir ini , gejala sosial di Malaysia nampaknya semakin ketara dan meningkat dalam golongan remaja.Jika dahulu setiap kali isu ini timbul sudah pasti ia akan dikaitkan dengan kehidupan budaya Barat.ontoh istilah lain ialah “budaya kuning” iaitu ingin mengambarkan kehidupan bebas di Barat yang menjadi kegilaan remaja-remaja di Malaysia pada tersebut.Ianya juga dianggap membawa unsur_unsur negatif dalam kalangan remaja.Terdapat banyak punca yang boleh berlaku, diantaranya ialah media hiburan, media muzik, dan unsur-unsur yang lain.
    Sebagai contoh, Menurut laporan Bahagian Jenayah daan keganasan di Amerika, pada tahun 2001 terdapat lebih 20,000 kes pembunuhan, 75,000 kes rogol dan 600,000 kes penyerangan fizikal yang berlaku dalam masa satu tahun. (Taylor, Peplau dan Sears,2001).Pakar-pakar psikologi telah membuat kajian dan mendapati pendedahan  daripada media merupakan antara sebab utama mengapa hal sedemikian ini boleh berlaku.Melalui kajian yang dikaji juga, telah menyebut bahawa golongan remaja merupakan golongan yang paling ramai terlibat dengan gejala-gejala yang negatif melalui media yang digunakan.






OBJEKTIF
     Antara objektif yang didapati melalui tajuk tugasan yang diberi, kami dapat mengenalpasti apakah yang dimaksudkan dengan hiburan yang melampau-lampau dalam kalangan remaja sehingga boleh menyebabkan keruntuhan akhlak dalam kalangan mereka.
     Selain itu, kami juga dapat mengkaji punca-punca terjadinya keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja yang disebabkan oleh hiburan yang melampau.
     Seterusya, kami juga dapat mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil supaya  golongan remaja tidak terjebak dengan hiburan yang melampau.
      Akhir sekali,kami dapat mengkaji kesan atau impak yang akan berlaku sekiranya tiada batasan dalam diri remaja ketika mereka bergaul antara satu sama lain.







DEFINISI
     Hiburan merupakan sesuatu perkara yang diminati oleh manusia secara fitrahnya.Bahkan hiburan juga berbeza-beza mengikut minat dan kecenderungan  masing-masing.Secara umumnya, bermain dan membaca tidak dianggap sebagai hiburan kerana ianya tidak melanggar syariat dalam islam iaitu tiada wujudnya unsur-unsur  yang bertentangan.Sebagai contoh, melakukan sesuatu perkara yang mengembirakan dan menyenangkan secara berlebih-lebihan dan melampaui batasan yang boleh merosakkan akidah dan akhlak umat islam.
    Pada dasarnya, islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia.Hadis Rasulallah S.A.W
          Daripada Aishah r.h.a, bahawa saidina Abu Bakar r.h.u telah datang ke rumahnya dan terdapat dua orang jariah (pembantu) sedang menyanyi dan bermain alat muzik pada hari raya dan ketika itu Nabi saw sedang bersiap dengan pakaian baginda maka saidina Abu Bakar r.ahu telah mengherdik mereka.Nabi saw telah mengangkat wajahnya dan bersabda : Biarkanlah mereka wahai Abu Bakar, sesungguhnya hari ini adalah hari raya.
    Tamsilnya, hiburan ialah fitrah bagi manusia biasa, namun tanpa batasan dan nasihat ianya boleh menjadi hiburan yang liar dan tidak sihat bagi masyarakat di dunia.Islam tidak memperincikkan apa bentuk hiburan tersebut, ia perlulah bersesuai dengan individu, tempat dan masa.Maka hiburan tersebut adalah luas bentuknya sama ada dalam bentuk suara nyanyian, gurindam, sajak atau perbuatan seperti tarian, berlakon dan sebagainya.


PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK DIKALANGAN  REMAJA
    Tidak dapat dinafikan lagi, penggunaan media massa merupakan peyumbang yang kuat dan utama sebab berlakunya keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.Media massa merupakan satu alat yang boleh menghubungkan antara satu sama lain tanpa adanya sempadan.Melalui media massa seseorang itu dapat memperoleh maklumat yang terkini sama ada maklumat yang positif mahupun negatif serta prorgarm-program yang disiarkan di televisyen yang lebih mementingkan hiburan berbanding maklumat.Ada sesetengah tayangan filem Barat dan Hindustan telah mempamerkan adegan-adegan yang tidak sepatutnya disiarkan dalam filem tersebut seperti unsur-unsur lucah kerana pada usia remaja mereka lebih gemar untuk mencuba sesuatu perkara yang baru  berlaku di sekeliling mereka dan apa yang mereka nampak.Jadi, apabila filem tersebut ditontonkan, sudah tentu golongan amnya, akan meniru stail dan aksi artis pujaan mereka.Natijahnya wujudlah budaya yang tidak elok seperti “punk”, bertindik telinga kiri dan kanan bagi lelaki, seks bebas yang berlaku, dan lebih dasyat lagi pembuangan bayi yang berlaku secara berleluasa.Secara tidak langsung boleh mejatuhkan jati diri dalam kalangan remaja.
    Selain itu, punca yang menjadi pengaruh kepada hiburan yang melampau adalah pengaruh rakan sebaya yang kurang baik yang sering menjadi punca utama seseorang itu terpengaruh kepada perkara yang tidak baik.Rakan sebaya merupakan sekumpulan orang yang berada dalam lingkungan umur yang sama atau hampir sebaya antara satu sama lain. Menurut Klausmerier, dalam soal seperti tanggungjawab moral, keberanian, kejujuran dan kemesraan, remaja dipengaruhi oleh pendapat rakan sebaya yang memperlihatkan pengaruh yang lebih tinggi berbanding dengan ibu bapa atau keluarga. Tambahan pula, Pengaruh daripada rakan sebaya telah menyebabkan remaja beralih arah daripada menjadikan ibu bapa sebagai suri teladan kepada rakan mereka yang dijadikan sandaran atau petunjuk ke arah tingkah laku atau perbuatan yang dilakukan. Remaja didapati lebih berkecenderungan untuk menjadikan rakan sebaya sebagai rujukan atau model untuk membina keperibadian mereka. Sekiranya mereka bergaul dengan kumpulan rakan yang positif dalam semua aspek kehidupan, maka tidak mustahillah mereka akan memiliki mentaliti dan tingkah laku yang positif juga kerana pengaruh rakan yang baik itu telah meresap dalam jiwa mereka. Disamping itu ,  Rakan sebaya merupakan kumpulan remaja yang sama dari segi umur, pendidikan atau kelas sosial dan minat. Kita sedia maklum bahawa remaja biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama-sama rakan sebaya mereka. Bagi remaja, rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja. Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar






    Seterusnya, punca yang menjadi pengaruh kepada hiburan yang melampau ialah wujudnya sikap Hedonisme iaitu pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme ini telah mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia terutamanya dikalangan muda mudi.Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan samaada pada masa kini atau akan datang.Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Hal ini berdasarkan kepada hadis rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada aisyah R.A. yang bermaksud “Sesungguhnya abu bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orng ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang ansar pada hari peperangan bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya aidifitri. Rasulullah bersabda, wahai abu bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita”  (Ibnu majah).
      Di samping itu, punca yang menjadi pengaruh kepada hiburan yang melampau ialah sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang anak-anak mereka dimana membawa masalah terhadap anak-anak. Anak-anak menjadi kurang baik disebabkan pertengkaran atau perbalahan yang dialami oleh ibu bapa yang berlarutan memberi impak yang besar terhadap anak-anak dimana mendorong mereka untuk mencari kehidupan luar iaitu melakukan aktiviti yang tidak sihat khusunya hiburan luar. Perasaan inginkan hiburan adalah lumrah kehidupan individu bertujuan melepaskan tekanan dan melupakan masalah yang berlaku keatas diri mereka.Ada juga ibu bapa yang terlalu sibuk akan kerjaya masing-masing sehingga mereka kurang mempunyai masa terhadap anak-anak ketika mereka di rumah.Sebagai contoh ada ibu bapa yang pulang ke rumah sudah lewat malam ketika itu anak-anak mereka sudah pun tidur.Ibu bapa juga kurang mengambil tahu akan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak di rumah mahupun di sekolah yang boleh menyebabkan anak-anak bebas untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendak hati mereka kerana tiada orang yang akan memarahinya.









Bahkan bukan itu sahaja, sifat semulajadi remaja yang sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru juga merupakan salah satu punca berlakunya keruntuhan akhlak. Walaupun pada awalnya niat mereka hanyalah untuk mencuba dan suka- suka, tetapi lama-kelamaannya mereka akan ketagih dan terus terjebak dalam aktiviti haram itu seperti. Remaja yang ketagih akan melakukan apa sahaja termasuk melakukan jenayah untuk melakukan aktiviti haram itu dan seterusnya menyebabkan akhlak mereka bertambah rosak. Oleh sebab itu, remaja ini perlu pemantauan yang secukupnya daripada ibu bapa, kerajaan serta pihak berkuasa bagi membanteras masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja ini. Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati.

Jadi, sebagai warganegara yang cakna dan sayangkan negara, harus bersama-sama berganding bahu menjaga maruah negara dengan membanteras aktiviti yang tidak mendatangkan manafaat ini.





KESAN KERUNTUHAN AKHLAK DALAM KALANGAN
 REMAJA
      Dalam kajian ini, kami dapat mengenalpasti kesan daripada hiburan yang melampau dalam kalangan remaja.Antaranya, boleh meningkatkan kes jenayah yang berlaku dalam kalangan remaja di Malaysia.Hal ini menyebabkan pada usia lingkungan 13 hingga 18 tahun mereka sangat  terdedah dengan pelbagai perkara yang berlaku disekeliling mereka dan pada usia mereka juga, mereka suka akan mencuba perkara-perkara yang baru tanpa memeriksa dahulu bahawa perkara yang mereka lakukan tersebut adalah baik atau salah.Mereka juga lebih sukakan keseronokkan kerana bagi mereka pada usia remajalah mereka dapat merasa apa itu nikmat-nikmat dunia.Sebagai contoh, penggunaan media sosial yang salah penggunaannya.Mereka terdedah dengan pelbagai budaya dan aktiviti yang berlaku di luar dan boleh menyebabkan mereka terikut-ikut akan gejala yang tidak baik serta boleh menyebabkan jenayah, seperti, buli siber dan sebagainya.Oleh itu, sebagaiibu bapa, perlulah sentiasa memantau anak-anak mereka di rumah dan dimana-mana sahaja mereka berada.
      Selain itu, kesan yang boleh berlaku sekiranya hiburan melampau-lampau dalam kalangan remaja tidak diatasi boleh menyebabkan remaja mempunyai sifat yang suka akan menipu terhadap kedua orang tua mereka.Mereka akan menipu ibu bapa mereka untuk mendapatkan duit untuk kepentingan mereka sendiri iaitu menggunakan duit yang mereka peroleh tersebut untuk kegunaan yang tidak sepatutnya.Sebagai contoh,berjudi. Seterusnya melalui pengaruh hiburan tersebut ibu bapa yang sentiasa berharap mereka belajar dengan baik akhirnya pulang dengan tangan kosong tanpa ilmu yang dipelajari oleh kerana terjebak dengan hiburan yang melampau . Disamping itu ,pergaulan antara lelaki dan perempuan menjadi tidak terbatas oleh kerana sering bergaul tanpa arah tuju di pusat hiburan atau ketika berhibur .
     Seterusnya, kesan yang boleh berlaku sekiranya hiburan melampau-lampau dalam kalangan remaja ialah pendedahan yang berterusan dengan program-program hiburan tersebut menjadikan jiwa dan minda mereka sempit dan terbatas dalam lingkungan perkara-perkara berkaitan hiburan semata-mata. Malah, terdapat segelintir anak-anak muda yang mengganggap artis sebagai idola mereka sehingga bahan bacaan mereka terhad kepada mengikuti gosip-gosip artis di blog-blog picisan, ruangan gosip di akhbar dan majalah-majalah hiburan. Perkara ini dilihat tidak membangun jiwa dan minda mereka yang sepatutnya dibangunkan dengan kesedaran rohani dan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Jiwa seseorang insan sepatutnya diisi dengan selawat dan zikir-zikir mengingati Allah dan Rasul bukannya dipenuhkan dengan hiburan lagu-lagu yang mengagungkan cinta kepada manusia melebihi cinta kepada Pencipta.

Selain itu, mencemari  nilai-nilai  murni  kesopanan  dan  kesusilaan juga kesan daripada hiburan melampau. Masyarakat kini hilang sifat berbudi bahasa terhadap masyarakat lain seperti warga tua kerana mereka mencari kepuasan dengan melakukan apa-apa jua tindakan yang boleh menyeronokkan diri mereka tanpa menghiraukan larangan agama, adat, dan teguran masyarakat sekeliling.  Jika individu terlalu suka akan hiburan maka ia akan menyebabkan nilai murni tercemar. Sebagai contoh hilang bahasa yang sopan dalam komunikasi sesorang dengan sesorang yang lain. Ini boleh dilihat seperti remaja bertutur dengan golongan lebih tua. Tidak lagi mengunakan perkataan yang baik malah ada juga sanggup menghina. Seharusnya, kita rakyat Malaysia dikenali sebagai budaya bahasa yang baik dan sopan. Maka dengan kesan hiburan melampau ini oleh menyebabkan budaya bahasa kita dipandang rendah oleh masyarat luar. Selain itu, induvidu juga akan cuba mencari kepuasan dengan melakukan apa-apa jua tindakan yang boleh menyeronokkan tanpa memperdulikan larangan agama dan adat. Segelintir individu pada masa kini tidak lagi takot kepada dosa dan balasan dari Allah SWT.
Kesannya, anak-anak akan bergaul dengan golongan yang kurang adab dimana adab merupakan tongkat ummah kepada orang islam yang membawah maksud adab didahulukan dalam kehidupan kita sebagai mukmin yang sejati. Sejajar dengan itu, ianya tidak membawa kebaikan membuatkan mereka menjadi lebih liar dalam kehidupan mereka kerana telah mengikuti hiburan yang tidak memberi tunjuk ajar yang baik seperti membuat aktiviti yang boleh menjatuhkan maruah dan juga turut kurang akhlak dalam diri mereka tersebut dimana boleh memalukan air muka ibu bapa.



LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KERUNTUHAN DALAM KALANGAN REMAJA
    Antara langkah-langkah yang dapat diatasi daripada berlakunya keruntuhan dalam kalangan remaja yang disebabkan daripada hiburan yang melampau ialah,ibu bapa sebagai orang yang paling hampir dengan anak-anak perlulah memainkan peranan yang penting dalam institusi kekeluargaan.Ibu bapa perlulah menjadi Qudwah Hassaah dalam keluarga kerana anak-anak akan menjadikan ibu bapa mereka sebagai role model ataupun contoh dalam kehidupan mereka.Bak kata pepatah melayu, “Melentur buluh biarlah  dari rebungnya” iaitu ibu bapa perlulah memberi perhatian yang mencukupi dalam mendidik anak-anak dan juga mencurahkan kasih sayang yang cukup terhadap anak-anak mereka.
   Selain itu, langkah yang dapat diatasi daripada berlakunya keruntuhan dalam kalangan remaja yang disebabkan daripada hiburan yang melampau ialah remaja tersebut mestilah pandai memilih rakan yang baik untuk dijadikan pendorong hidup ketika hidup berjauhan dengan keluarga.Seterusnya ibu bapa mestilah mengawasi pergerakan anak –anak yang sedang ingin membesar dan ibu bapa mestilah mempunyai kemahiran mendidik anak yang baik agar anak-anak tersebut tidak mudah tepengaruh . Tambahan pula , peranan pihak berkuasa turut menyumbang kepada langkah pengcegahan ini disebabkan gejala remaja gemar menonton video lucah misalnya, tidak boleh dituding semata-mata kepada ibu bapa dan guru. Dalam hal ini, adakah ibu bapa dan guru harus disalahkan, sedangkan bahan untuk tontotan lucah berlambak bebas di pasaran tanpa kawalan.
     Seterusnya, langkah yang dapat diatasi daripada berlakunya keruntuhan dalam kalangan remaja yang disebabkan daripada hiburan yang melampau ialah remaja perlu mendekatkan diri dengan didikan agama.Di samping itu dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan bergaul dengan orang orang yang lebih arif dalam bidang agama serta mendekatkan diri dengan ilmuan.Buku-buku ilmiah juga boleh dijadikan sebagai rujukan.  Selain itu, berkawan dengan kawan yang dapat membantu dalam pelajaran dan mengajak kepada kebaikan serta positif dalam memikirkan kehidupan dalam arus kemodenan.Dengan cara ini, dapat mengatasi masalah hiburan yang melebih dalam kalangan remaja pada masa kini



Di samping itu, mengadakan aktiviti yang dapat membentuk akhlak remaja seperti aktiviti kemasyarakatan, kempen dan sebagainya juga mampu mengatasi masalah keruntuhan akhlak ini. Melalui aktiviti sebegini, para remaja dapat memantapkan akhlak mereka di samping dapat melakukan sesuatu yang berfaedah dan tidak membuang masa dengan perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepada diri mereka. Bak kata pepatah “sambil menyelam, minum air”.


Antara langkah lain yang dapat diambil juga ialah mengadakan aktiviti yang dapat membentuk akhlak remaja seperti aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya. . Melalui aktiviti sebegini, para remaja dapat memantapkan akhlak mereka di samping dapat melakukan sesuatu yang berfaedah dan tidak membuang masa. Bak kata pepatah, “sambil menyelam, minum air”.

pihak kerajaan perlu memainkan peranan yang penting dalam bagi mengelakkan pelajar sekarang terjebak dengan dunia hiburan yang melampau dengan salah satu caranya iaitu mengedarkan kempen yang bertajuk “ Jauhi Dunia Hiburan” , dimana konsep ini selari dengan adab-adab yang perlu dititikberatkan. Apabila kempen ini dijalankan secara tidak langsung ia akan memberi kesedaran kepada orang ramai supaya tidak lagi terjebak dengan duniawi ini malahan mereka akan berniat untuk berubah dan juga tidak melibatkan diri dengan dunia hiburan ini.


 KESIMPULAN
    Kesimpulannya, remaja adalah golongan yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun.Secara amnya, golongan remaja berumur antara 13 hingga 18 tahun.Sekiranya kita meneliti dengan lebih mendalam lagi, dalam lingkungan umur beginilah ramai remaja kita yang menghadapi pelbagai masalah.Remaja kini bukanlah seperti remaja zaman ibu bapa kita dahulu yang pandai berdikari malahan mereka seperti bayi yang perlu dijaga bagai manatang minyak yang penuh.
    Kini negara kita sering mengalami pelbagai masalah yang melibatkan golongan remaja, bahkan isu ini sudah menjadi perkara yang biasa dibualkan dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini.Masyarakat kini sering menganggap bahawa masalah atau gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja adalah masalah yang normal bagi umur mereka yang sedang meningkat naik.Dalam isu ini, ibu bapa perlu memainkan peranan yang tinggi dalam mendidik anak-anak supaya mereka dapat menjadi Generasi yang berguna pada masa akan datang.

CONTOH-CONTOH HIBURAN MELAMPAU







LAMPIRAN
Gambar dibawah menunjukkan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah yang telah dilakukan oleh kalangan-kalangan remaja.






RUJUKAN






  


No comments:

Post a Comment